Friday, September 11, 2009

Saje nak menghiburkan diri

Salam semua
arini dh 21 hari umat islam mengerjakan ibadah puasa
x lama lg umat islam akan menyambut Hari raya Aidilfitri
so amcm puasa semua..ada yg lompang x...?as for me...alhamdulillah..chanteeekkk jer.
puasa lompang ni mesti alasan x baca niat smlm kan...x pun mkn biskut yg kt dlm laci tu(motippss)
yg sebetulnyer...xde idea nk post ape.
so ape lg..jom main copy paste nye keje...
moga kita semua tersenyum ek..jgn tension² cam aku sbb pendrive rosak,bahan² keje nk submit ahad ni dh hangussss uwahhhhhh (nangesss terus lg tension...cam mane tu hahaha)


1~ Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa
dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput...

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku.
Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke
untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tingginye !




2~Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah
diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh
hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari
yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu,
sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang
sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

hehehehe



3~Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada
pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"...
..semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...
dengan kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya
tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke
mana??".

.Jawab murid itu..

"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput".


So ni jer lah benda yg sempat aku nk copy paste utk memujuk hati ku yg tension sbb hasil keje aku hanguss dlm pendrive tu....
utk semua gak...selamat berpuasa dan selamat berhujung mggu

PssTtt~ lg 6 hari lg nk balik kg...hehehe
Indahnya Beraya di Desa...tetibe kannnn....

No comments:

Post a Comment